Selamat Datang

Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas

Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas
Ilmu Mendukung Rukunegara

SEJARAH PSS

1983 – 1984 Sebuah kelas dijadikan perpustakaan dengan jumlah buku sebanyak 800
buah. Guru perpustakaan pertama ialah Puan Solehah Hassan.

1985 – 1986 Dua buah kelas dengan jumlah sebanyak 2350 buah buku. Bilik BBM
dibuka sebelahan bilik komputer.

1987 – 1990 Jumlah buku meningkat sebanyak 5300 buah. Penyelaras kedua ialah
Encik Abdull Halim Jaafar.

1991 – 1995 Jumlah buku terus meningkat sebanyak 6648 buah. Penyelaras ketiga ialah
Encik Abdul Wahab Dahlan menggantikan Encik Abdull Halim yang
bertukar ke PKG Gemas.

1996 – 2000 Empat buah kelas sebagai bilik perpustakaan dengan jumlah buku
sebanyak 8648 buah. Sebuah bilik penyelaras dibina dalam perpustakaan.
Penyelaras keempat ialah Cik Salwani Daud. Kemudian digantikan oleh
Encik Mohd Azhar setelah Cik Salwani bertukar sekolah.

2001 – 2003 Empat buah kelas dengan jumlah buku sebanyak 9711 buah. Penyelaras
kelima ialah En. Zahari Zainudin. Setahun selepas itu (2003) beliau
digantikan pula oleh. Hj. Zainuddin Mohd Yusof.

2004 – 2005 Empat buah kelas dengan jumlah buku sebanyak 11900 buah. Rak buku
kayu telah ditukar kepada rak besi. Bilik penyelaras diubahsuai ke
bahagian belakang perpustakaan supaya ruang membaca lebih luas.
Penyelaras kelapan iaitu Puan Nor Hayati Hashim menggantikan Hj
Zainudin yang berpindah ke PPD Tampin / Rembau pada bulan April 2004.

2006 Cik Zaleha Abdul Hamid dilantik sebagai Penyelaras Pusat Sumber SMK
Gemas yang kesembilan. Berlaku perubahan kedudukan kaunter
pinjaman dan pintu depan perpustakaan telah ditutup digantikan
dengan pintu belakang.

2007 Selepas Puan Zaleha Abdul Hamid berpindah, Penyelaras PSS ke-10, Pn.
Saodah Samad telah menyambung tugas-tugas tersebut dan jumlah buku
semakin bertambah.

2008 Menjelang tahun 2008, Penyelaras PSS ke 11 telah diserahkan kepada Pn.
Norzailiza Zainal Abidin dan mengubah kembali kedudukan dalam
perpustakaan. Proses menceriakan perpustakaan sedang dijalankan.
Namun, Pn Saodah Samad masih dikekalkan sebagai guru perpustakaan.
Kini, bilik komputer, bilik BBM, bilik tayangan, galeri sejarah berada
dalam penyelengaraan PSS.


2009 Tahun ini Guru Perpustakaan diserahkan kepada Cik Rafnorhafiza Razali
dan bilik BBM, bilik Tayangan dan Perpustakaan telah dinaiktaraf melalui
sistem pendawaian.

No comments:

Post a Comment

Hadis

Ketahui Influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan Malaysia