Selamat Datang

Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas

Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas
Ilmu Mendukung Rukunegara

Kepentingan Dan Status Membaca Dalam Sebuah Masyarakat Moden

A. Kepentingan Membaca

1. Kebolehan harus meningkat apabila masyarakat bertambah kompleks dan berada dalam era sains dan teknologi.

2. Kemahiran membaca diperlukan dalam semua bentuk pekerjaan.

3. Kanak-kanak yang tidak dapat membaca dengan sempurna akan sentiasa ketinggalan proses pembelajaran di sekolah.

4. Kebolehan membaca perlu dalam kehidupan harian.

5. Membaca dapat memenuhi keperluan kerohanian dam emosi.

B. Status Membaca

1. Komitmen kita ialah meningkatkan tahap kebolehan membaca kepada seluruh masyarakat Malaysia.

2. Terdapat jumlah peratusan yang agak tinggi kumpulan yang dikatakan masih buta huruf.

3. Dalam kalangan yang celik huruf masih terdapat kumpulan “functionally illiterate”.

4. Jumlah pembacaan dikatakan amat rendah terutama di kalangan masyarakat luar bandar.

5. Pembacaan pada peringkat tinggi juga masih menyedihkan. Bahan bacaan ilmiah amat kurang dkalangan mereka yang berkelulusan.

6. Program Pendidikan negara perlu melihat kembali kurikulum membaca di sekolah dan intitusi pengajian tinggi.

C. Sifat Proses Membaca

1. Membaca itu satu proses yang amat kompleks. Tiada siapa yang dapat memberi penjelasan yang tepat dan seratus peratus betul tentang bagaimana proses ini sebenarnya berlaku. Dengan sebab itulah ianya amat sukar unutk difahami.

2. Beberapa model proses membaca telah diperkenalkan. Model-model tidaklah lengkap hingga dapat menjelaskan proses membaca dengan mendalam.

3. Model-medel ini dibahagikan kepada tiga kategori:

· Bottom-Up Models

Membaca itu satu proses menterjemah, dekod dan enkod.

· Top-Down Models

Kecekapan bahasa dan kognitif memainkan utama dalam proses membentuk makna dari bahan bercetak.

· Interactive models

Pembaca menggunakan kedua proses yang terdahulu dalam usaha membentuk makna dari teks

D. Definisi Membaca

1. Membaca itu ialah satu proses interpretasi yang bermakna atas bahan bertulis atau bahan bercetak.

2. Tindakan balas daripada apa yang dibaca itu asas kepada kejayaan membaca

3. Membaca bermula denga mengecam simbol yang mewakili bahasa lisan

4. Bahasa lisan dan kebolehan bertutur adalah keperluan asas yang dapat menjayakan kebolehan dan kemahiran membaca.

5. Kemahiran dan proses mengenali perkataan terus terbina dalam perkembangan kematangan pengetahuan dan kebolehan.

6. Pengalaman kanak-kanak perlu juga berkembang kerana bahan bacan akan bertambah kompleks, pelbagai, dan rumit.

7. Pada akhirnya pembaca dapat mengetahui bahawa membaca itu menjadi reflektif dan evaluatif.

No comments:

Post a Comment

Hadis

Ketahui Influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan Malaysia