Selamat Datang

Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas

Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas
Ilmu Mendukung Rukunegara

DEFINISI

Pusat Sumber Sekolah adalah lanjutan daripada perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat Sumber Sekolah membawa tafsiran yang lebih luas sama ada dari segi peranan dan pelbagai bahan koleksinya. Tuntasnya, Pusat Sumber Sekolah ialah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.

Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan, dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan.

Ke arah

Pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca, dan belajar sepanjang hayat.

Pusat Sumber Sekolah adalah bertujuan:

1. Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran, dan prestasi pencapaian akademik.

2. Menggalakkan pelajar-pelajar dan guru-guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan pengajaran supaya mereka tidak bergantung semata-mata pada buku teks dan kaedah “chalk and talk” sahaja.

3. Menggalakkan tabiat belajar sendiri, tabiat membaca, tabiat ingin tahu atau bertanya dalam kalangan pelajar melalui penggunaan bahan di Pusat Sumber Sekolah.

4. Membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam usaha menghasilkan dan menilai pelbagai alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran

5. Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza antara satu sama lain.

6. Melatih pelajar-pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat kerja rujukan, serta menggunakan alat-alat hardware,iaitu mendedahkan mereka kepada teknologi terkini (ICT) dalam media elektronik.

Peranan dan Fungsi

Peranan dan fungsi Pusat Sumber Sekolah dapat dirumuskan seperti berikut:

1. Berkhidmat sebagai agen berpusat untuk memperoleh, menghasil, mengorganisasi, dan mengedarkan bahan-bahan pelajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru.

2. Berkhidmat sebagai pusat bahan-bahan bagi kegunaan secara individu atau berkumpulan.

3. Merupakan satu bank yang membolehkan bahan pelajaran dapat dipilih untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.

4. Merupakan pusat perhubungan antara sekolah dengan agen perkhidmatan maklumat lain seperti perpustakaan awam, perpustakaan Filem Negara Malaysia, perpustakaan universiti, dan sebagainya.

5. Membolehkan guru-guru dan pelajar-pelajar mendapatkan bahan-bahan yang dimiliki oleh sekolah dan yang ada kena mengena dengan bidang pelajaran.

6. Memberi panduan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar untuk mencari,memiliki,menghasil, dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing.

7. Menjalankan tugas untuk menilai dari semasa ke semasa bahan-bahan yang diperoleh.

8. Menentukan bahawa alat-alat yang diperoleh itu adalah dalam keadaan yang baik dan berkualiti serta dipelihara atau dibaiki dari semasa ke semasa.

9. Menentukan bahawa yang dihasilkan atau yang diperoleh itu adalah selaras dengan keperluan kurikulum sekolah.

10. Membuat perancangan supaya segala peralatan yang diperoleh selaras dengan kehendak zaman serta perkembangan baru dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

11. Menyediakan alat-alat pendua termasuk alat rakaman dan perkhidmatan sejauh mana yang boleh.

No comments:

Post a Comment

Hadis

Ketahui Influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan Malaysia