Selamat Datang

Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas

Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas
Ilmu Mendukung Rukunegara

FALSAFAH PUSAT SUMBER SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas

Pusat Sumber Sekolah merupakan wahana dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. pss merupakan suatu konsep yang banyak berfokus kepada pengurusan yang sistematik, berpusat, dan menyeluruh yang dapat memberi faedah dan perkhidmatan maksimum kepada para guru dan murid-murid.

PSS berfungsi sebagai pengumpul maklumat sebanyak mungkin dan menyusun segala maklumat dalam suatu sistem yang mudah diikuti. menyimpan segala maklumat secara sistematik dan kemas kini serta menyebar luas bahan-bahan maklumat dengan kadar segera dan pada bila-bila masa yang diperlukan.

PSS adalah sebagai suatu sistem perkhidmatan yang membolehkan semua pihak di peringkat sekolah mencapai matlamat-matlamat pendidikan dengan merentasi aspek kurikulim, perkembangan intelektual, rohani, serta keseimbangan emosi dan jasmani murid-murid.

No comments:

Post a Comment

Hadis

Ketahui Influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan Malaysia