Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas

Ilmu Mendukung Rukunegara
Bengkel Profesionalisme : JSU


Program Perkembangan Staf telah dijalankan pada 25 Julai 2009 (Sabtu). Dalam bengkel ini guru-guru diberikan pendedahan tentang pembinaan soalan mengikut JSU.
Guru-guru dibahagikan mengikut Ketua Bidang masing-masing dan dijalankan secara berkelompok. Pada sesi pertama, guru-guru diterangkan tentang JSU dan sesi kedua pembahagian kumpulan. Setiap kumpulan diminta mengkategorikan soalan tersebut mengikut aras tinggi, sederhana dan rendah.
Moga program ini dapat membantu guru-guru dalam kemahiran membina soalan mengikut JSU yang telah dipelajari.
Latihan Kebakaran


Latihan kebakaran telah di adakan pada 8 Julai 2009.Dalam latihan ini,para pelajar telah di ajar cara mengawal serta mencegah kebakarn.
Pasukan Kadet Bomba telah menunjukan kerjasama yang baik dalam membantu melancarkan latihan ini.Para pelajar juga menunjukan minat yang patut di puji.Latihan ini telah berjalan dengan lancar atas kerjasama semua pihak.
Di harap semua pelajar dan warga SMKG dapat mengaplikasikan bantuan kecemasan semasa berlakunya kebakaran di rumah mahupan disekolah.
Gotong-Royong Di Perpustakaan


Pada 26 Februari 2009 Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan aktiviti gotong-royong bersama pengawas PSS. Gotong-royong ini bertujuan untuk memberi nafas baru kepada perpustakaan SMKG. Antara aktiviti yang di lakukan ialah mengitar semula kertas –kertas dan buku-buku yang tidak lagi digunakan.
Semua pengawas PSS telah memberi kerjasama yang amat bagus.Dengan semua bantuan pengawas PSS perpustakaan kini telah menjadi lebih baik.
Pameran Kerjaya & Unit Beruniform


Pameran Kerjaya ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang kejaya yang bakal diterokai nanti khususnya kepada pelajar tingkatan 5. Selain itu, memberi pengetahuan kepada semua warga SMKG tentang pelbagai perkara yang dipamerkan seperti pameran dari Antidadah, cara menangani stress, pengetahuan tentang H1N1 dan sebagainya. 10 agensi dijemput untuk mengadakan pameran termasuk Milo dan Maggi.
Pameran Unit Beruniform pula diadakan dalam perpustakaan , setiap unit beruniform mempamerkan segala aktiviti, uniform dan kejayaan unit melalui piala mahupun sijil-sijil.
Bulan Pusat Sumber Sekolah



Bulan PSS dijalankan pada 6 Julai 2009 dan dikelolakan oleh Penyampai Radio Sekolah. Bulan PSS ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, SMK Gemas di tapak perhimpunan. Paluan gong sebanyak 3 kali menandakan rasmilah bulan Julai sebagai Bulan PSS
Program Sifar Gagal



Program sifar gagal telah dilancarkan pada 26 Jun 2009 bertempat di Pentas Gemilang. Program ini telah dirasmikan oleh Cik Hajah Rokiah selaku Pengetua SMKG. Program ini bertujuan agar calon-calon PMR 2009 tiada lagi yang gagal. Warga sekolah berharap program ini dapat meningkatkan prestasi serta semangat pelajar supaya berusaha dengan lebih gigih lagi.
Rakan Muda Sekolah : Kecergasan



Senamrobik yang diadakan dapat mencergaskan fizikal dan mental. Program ini dijalankan serentak dengan Pameran Pendidikan dan Informasi Kerjaya pada 22 Julai 2009. Aktiviti dimulakan senamrobik dan ceramah ringkas kepada pelajar-pelajar tingkatan 5. Pelajar-pelajar diberi minuman milo secara percuma. Tentunya program ini akan menjadi memori indah untuk semua warga SMKG.
Penyerahan Rekod Kemajuan Murid



Penyerahan rekod telah diadakan pada 3 Julai 2009. Ibu bapa dan penjaga telah dijemput hadir bagi mengambil rekod anak mereka. Ketika sesi penyerahan ini guru-guru dan ibu bapa telah berbincang tentang tingkah laku anak-anak mereka. Pihak sekolah berharap dengan perjumpaan ini ibu bapa akan lebih memberi perhatian terhadap pembelajaran anak-anak mereka.
Rakan Muda Sekolah : Seni Budaya



Beginilah kemeriahan Program Rakan Muda Sekolah Seni Budaya yang dijalanakan pada 16 Julai 2009. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Pn. Hjh Zainab Hj Nasir selaku ADUN Gemas.
Pelbagai aktiviti dan budaya yang dipersembahkan oleh pelajar SMKG. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru SMKG yang banyak membantu.
Sambutan Hari Guru




Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru SMK Gemas yang banyak menabur bakti dan jasa untuk menjadikan anak bangsa berjaya.
Justeru itu, bagi mengenang jasa guru ini, satu sambutan Hari Guru telah dijalankan pada 22 Jun 2009. Pelbagai aktiviti telah diatur oleh Kelab Staff dan Pengawas Sekolah termasuklah tarian poco-poco, memotong kek, masukkan benang dalam jarum, melontar gelung dalam kon dan sebagainya.
PSS juga tidak melepaskan peluang ini dengan mengadakan jualan menjual bunga, hadiah dan ’services’ mencuci kereta untuk semua guru.
Majlis berlangsung dengan meriahnya. Mudah-mudahan ia akan menjadi kenangan untuk semua guru.
Lawatan Ilmu : Melaka
Lawatan Ilmu : Kuala Lumpur
Public Speaking & Choral Speaking
Hoki Peringkat Daerah & Negeri




Buat julung kalinya SMKG menghantar wakil ke peringkat daerah yang dipertandingkan di SMK Tunku Besar Tampin pada 16 April 2009 di bawah bimbingan cikgu Zailiza dan Cikgu Siti Zunairah. SMKG hanya mampu mendapat tempat kedua dengan perbezaan satu mata sahaja dengan tuan rumah. Tahniah kepada pemain hoki sekolah. Syukur kepada tuhan, SMKG berpeluang untuk bertanding ke peringkat Negeri di Stadium Hoki Seremban pada 23 April hingga 26 April 2009. Meskipun kita kalah namun semangat kesukanan yang tinggi kepada pemain yang lebih utama.
Mesyuarat Agong PIBG



Mesyuarat Agong PIBG yang berlangsung pada 01 April 2009 ini dihadiri oleh ramai ibu bapa dan penjaga. Luar jangkaan kehadiran mereka hamper mencecah 200 orang. Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran ibu bapa sekaligus membantu dalam melicinkan perjalanan yang dirancang oleh pihak sekolah bagi memajukan prestasi pelajar dalam kurikulum dan kokurikulum termasuk akhlak dan budi bahasa.

Hari Penyerahan Sijil SPM 2008



Pada 12 Mac 2009, berkumpul bekas-bekas pelajar tingkatan lima tahun lalu untuk menerima keputusan yang ditunggu-tunggu selama ini.
Hari itu akan menentukan masa depan mereka meneroka ke alam yang lebih mencabar. Mereka yang berjaya, tahniah diucapkan dan yang kurang berjaya usaha lagi. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Harapan kami agar semua pelajar SPM 2008 akan terus Berjaya di mana-mana anda berada. Tahniah untuk pelajar– pelajar tingkatan 5, 2008 dan guru –guru.
Majlis Pentauliahan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan Ketua & Pen. Kelas





Majlis Pentauliahan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan Ketua & Penolong Kelas dilaksanakan pada 11 Mac 2009 yang berlangsung di tapak perhimpunan.
Majlis ini membuktikan taat setia dan ikrar mereka memegang tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak sekolah sebagai pemimpin.